Bahasa: EN | BM |

Berkongsi:


Skrin Serangga Lipat Boleh Tarik @ Bangsar 2607583-4

Pemasangan lengkap retractable folding insect screen di sebuah kediaman di Bangsar, Kuala Lumpur, melibatkan beberapa tingkap di dalam rumah termasuk tingkap tandas.

Untuk projek ini, insect screen menggunakan frame aluminium powder coating berwarna putih, dipilih supaya sepadan dengan frame tingkap sedia ada dan memberikan kemasan yang lebih kemas serta serasi dengan konsep rumah.

Warna frame aluminium juga boleh disesuaikan untuk dipadankan dengan warna frame tingkap atau pintu sedia ada, supaya pemasangan insect screen kelihatan lebih sebati dan tidak seperti tambahan selepas rumah siap.

Pleated mesh boleh dilipat dan disimpan kemas ke bahagian sisi apabila tidak digunakan, memberikan pandangan tingkap yang lebih terbuka. Apabila ditutup, ia membantu menghalang nyamuk dan serangga sambil mengekalkan pengudaraan semula jadi.

Ciri-ciri utama:

  • Pemasangan pada beberapa tingkap dalam satu kediaman
  • Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tingkap tandas
  • Retractable folding / pleated mesh
  • Frame aluminium powder coating putih untuk projek ini
  • Warna frame boleh disesuaikan dengan frame tingkap atau pintu sedia ada
  • Custom-made mengikut ukuran setiap tingkap
  • Lipatan kemas dan menjimatkan ruang
  • Membenarkan aliran udara dan pengudaraan semula jadi
  • Membantu menghalang nyamuk dan serangga

Pilihan yang praktikal untuk pemilik rumah yang mahukan perlindungan daripada serangga di beberapa bahagian rumah tanpa menjejaskan penampilan tingkap sedia ada.



 Pertanyaan - Skrin Serangga Lipat Boleh Tarik @ Bangsar 2607583-4